Isnin, 5 November 2012
Falsafah Hidup Realiti Dunia.. Dunia Hazthpage: Hargai Kehidupanmu
Falsafah Hidup Realiti Dunia.. Dunia Hazthpage: Cermin Diri..
Hargai Kehidupanmu
Tiada sesiapapun ingin hidup susah..
Tiada sesiapapun ingin terluka..
Tiada sesiapapun ingin tewas..
Tiada sesiapapun ingin mengalirkan airmata..
Tapi kita tidak mempunyai pilihan..
Tapi kita terlalu lemah..
Tapi kita buta ada kehidupan lain..
Tapi kita tak rasa apa yang mereka rasai..
Semoga kita dapat mencari diri sendiri...Ya Allah,Hanya ENGKAU MAHA MENGETAHUI..Lindungilah kami hambaMU yang lemah ini..
Berpeganglah Pada Prinsip
Hidup bukan hanya untuk bercinta atau bergembira...Dunia ini penuh dengan kehidupan, belajarlah dari kehidupan yang berlaku di sekelilingmu..Mungkin dirimu lebih bertuah daripada kehidupan mereka..Jadi yakin la pada diri sendiri
Ahad, 4 November 2012
Putaran Hidup
Bila zaman berubah manusia pun akan berubah..Sama la kita seperti kita meningkat dewasa..Tapi semakin zaman bertambah maju semakin daif la manusia itu sebab hati mereka buta.
Buta menilai yg baik atau tidak,
Itu la sebab bumi berputar...
Sabtu, 6 Oktober 2012
Buat SaudaraKu,Yang Bernama Manusia
Manusia adalah makluk ciptaan Allah yg cukup sempurna sekali..Dalam kesempurnaan seorang itu ada kelemahan,biarpun dia seorg yg alim dugaan itu tetap selalu ada utk kita...Dan sesekali lupa bahawa ketika kemarahan memuncak di saat2 nie syaitan akan menghasut manusia...Sehingga perkara yg tidak terlintas di fikiran kita boleh berlaku,apatah lagi membunuh.. Temanku,saudaraku dalam hidup nie banyak pilihan yg boleh kita pilih...Dan jangan la kita memilih jalan singkat sehingga org lain yg merana...Aku tak nak bangsaku tewas,saudaraku kalah dalam hidup..Tewas di sebabkan keadaan,percayalah saudaraku perasaan yg tewas itu mungkin berguna suatu hari nanti iaitu pengalaman...
Selasa, 14 Ogos 2012
Besok atau lusa...
Besok atau lusa belum tentu akan jadi kenyataan.. Berputus asa jangan sekali, kejayaan tak akan datang tanpa kegagalan..kita perlu jatuh,menangis, tewas,kecewa, kerana itulah harga sebuah kejayaan atau kebahagiaan..
Selasa, 7 Ogos 2012
Cermin Diri..
Sebagai manusia biasa kita tidak mampu menilai diri sendiri tapi teman yang ada di sebelah mu,adalah cermin yang terbaik buat diri kita...Dan perkara yang paling susah manusia lakukan ialah mengakui diri sendiri kerana manusia itu ego..
Isnin, 6 Ogos 2012
Kemanisan Sebuah Senyum
Senyum adalah gelagat yang lahir dari wajah seseorang kerana perkara yang menggembirakan...
Senyuman dari wajahmu bisa membuat insan disisimu akan berasa bahagia...Senyumlah walaupun pahit senyuman itu buatmu...
Biar Bumi Berputar
Hidup itu umpama roda yang berputar, putar dan terus berputar tanpa henti...Tiada sesiapapun ingin kecewa, gagal, kalah, tewas dan jatuh dalam hidup tapi itulah kehidupan yang sebenar..Jika engkau ingin menangis, menangis la sepuasnya bila airmatamu dah habis engkau mungkin tak menangis lagi..Dan biarlah bumi itu terus berputar kerana kita adalah sebahagian darinya