Selasa, 22 Oktober 2019

Tersentak Dari Mimpi Yang Panjang

Cermin Hidup Dalam longlai aku berjalan, tiba2 ada orang menepuk bahu ku, lalu dia berpesan Lalu bertanya, adik nak ke mana...? Aku menjawab, nak kedepan sana tapi saya ragu² bang... Lalu dia berkata, Dalam hidup nie, Dalam hidup ini kira terpaksa berkorban dan harus memilih... Tapi ia takkan semudah itu dik.. Akan tetap ada halangan, dan ada antara halangan itu akan membuat dirimu leka dalam hidup dan lupa matlamat hidup yang dulu.. Ramai yang sesat kawanku.. Ada yang tak jumpa jalan pulang... Dia bertanya padaku, APA YANG ENGKAU NAK JADI ...?? Aku kaku tak punya jawapan untuk menjawab soalan itu... Katanya dengar lah kataku kawanku.. Apa yang engkau jadi semua itu bergantung apa yang engkau lakukan pada hari ini.. Apa yang engkau ada engkau ada pada hari ini belum tentu besok masih jadi milik mu.. Impianmu, cita² mu bukan bergantung pada kata² orang sekeliling kita.. Jangan tanya pada siapa² apa yang engkau nak jadi... Dan berhati² lah hidup nie terlalu banyak ke neraka,kawanku... Lalu dia itu pergi dan berkata Kita berada di jalan yang sama tapi aku juga berpesan untuk diriku kerana aku jugak manusia biasa... Kita pasti lalui keadaan yang sama cuma situasi, masa yang berbeza..