Selasa, 14 Ogos 2012

Besok atau lusa...

Besok atau lusa belum tentu akan jadi kenyataan.. Berputus asa jangan sekali, kejayaan tak akan datang tanpa kegagalan..kita perlu jatuh,menangis, tewas,kecewa, kerana itulah harga sebuah kejayaan atau  kebahagiaan..


Selasa, 7 Ogos 2012

Cermin Diri..

Sebagai manusia biasa kita tidak mampu menilai diri sendiri tapi teman yang ada di sebelah mu,adalah cermin yang terbaik buat diri kita...Dan perkara yang paling susah manusia lakukan ialah  mengakui diri sendiri kerana manusia itu ego..


Isnin, 6 Ogos 2012

Kemanisan Sebuah Senyum

Senyum adalah gelagat yang lahir dari wajah seseorang  kerana perkara yang menggembirakan...
Senyuman dari wajahmu bisa membuat insan disisimu akan berasa bahagia...Senyumlah walaupun pahit senyuman itu buatmu...


Biar Bumi Berputar

Hidup itu umpama roda yang berputar, putar dan terus berputar tanpa henti...Tiada sesiapapun ingin kecewa, gagal, kalah, tewas dan jatuh dalam hidup tapi itulah kehidupan yang sebenar..Jika engkau ingin menangis, menangis la sepuasnya bila airmatamu dah habis engkau mungkin tak menangis lagi..Dan biarlah bumi itu terus berputar kerana kita adalah sebahagian darinya